Sunday 26 June 2011

KEWAJIPAN SUAMI TERHADAP ISTERI

Suami Isteri masing-masing mempunyai satu hak dan tanggungjawab yang tertentu dalam satu perkongsian hidup...

Antara Kewajipan "suami" terhadap "isteri" ialah ::-
:::~ Memberi pengetahuan tentang hukum-hukum islam (Fardu ain) kepada isteri
:::~ Memberi makan, minuman, pakaian dan tempat tinggal dari sumber yang halal mengikut yang sepatutnya
:::~ Memberi layanan yang baik dan tidak menzalimi isteri serta menunjukkan pekerti yang baik dan mulia terhadap isteri
:::~ Nasihat isteri dengan baik jika isteri gemar melakukan sesuatu yang bersalahan dengan perintah ALLAH
:::~ Sudi memaaf jika isteri tidak menghiaskan dirinya dan tidak melayaninya dengan sempurna
:::~ Bersikap tegas jika isteri tidak melakukan "solat dan puasa"
:::~ Islam tidak membenar memukul isteri hingga sampai cacat atau cedera, tetapi dibenarkan memukul dengan pukulan ringan atas tujuan untuk mengajar
:::~ Wajib berlaku adil dalam bentuk nafkah zahir bilangan bermalam jika isteri lebih dari satu

Antara Kewajipan "isteri" terhadap "suami" ialah ::-
:::~ Patuh dan taat kepada suami sama ada dalam susah atau senang, melainkan yang bertentangan dengan agama
:::~ Wajib memelihara kesucian dirinya pada setiap masa, serta sentiasa menghias diri untuk suami sahaja
:::~ Jangan buat perkara besar tanpa izin suami sekalipun kerana mengerjakan yang sunat, lebih-lebih lagi keluar rumah tanpa izin suami
:::~ Wajib menyempurnakan kehendak suaminya yang tertentu pada bila-bila masa yang dikehendaki serta memahami hal-hal yang digemari dan yang dibenci oleh suami
:::~ Ditegah meminta supaya bercerai tanpa sebab yang sangat diperlukan. Sabda Nabi SAW siapa saja seorang isteri meminta cerai kepada suaminya tanpa sebab keadaan yang sangat diperlukan, maka haram baginya bau "syurga" atasnya
:::~ Sentiasa berterima kasih dan bersyukur diatas setiap pemberian suami
:::~ Dalam hadis, Rasulullah bersabda empat perempuan yang berada dalam syurga dan empat perempuan berada di neraka dan beliau menyebutkan antara empat perempuan yang berada di syurga ialah ::-
i   ::~ Perempuan yang menjaga diri dari berbuat haram dan berbakti kepada ALLAH dan suaminya
ii  ::~ Perempuan yang bersifat pemalu, dan jika suaminya pergi maka ia menjaga dirinya dan harta suaminya, dan jika suaminya datang maka menahan mulutnya dari perkataan yang tidak layak kepadanya
iii::~ Perempuan yang banyak keturunannya lagi penyabar serta menerima dengan senang hati dengan keadaan yang serba kekurangan bersama suaminya
iv ::~ Perempuan yang ditinggalkan mati oleh suaminya dan ia mempunyai anak-anak yang masih kecil, lalu ia menahan diri hanya untuk menguruskan anak-anaknya dan mendidik mereka serta memperlakukan dengan baik kepada mereka dan tidak bersedia kahwin khuatir anak-anaknya akan tersia-sia.

Kemudian Nabi SAW bersabda dan adapun empat perempuan yang berada di neraka ialah ::-
i    ::~ Perempuan yang kotor mulutnya terhadap suaminya, jika suaminya pergi, maka ia tidak menjaga dirinya dan jika suaminya datang maka ia memakinya (memarahinya)
ii  ::~ Perempuan yang memaksa suaminya untuk memberi apa yang tidak mampu
iii ::~ Perempuan yang tidak menutupi dirinya dari kaum lelaki dan keluar dari rumahnya dengan menampakkan perhiasannya dan memperlihatkan kecantikan untuk menarik lelaki lain
iv  ::~ Perempuan yang tidak mempunyai tujuan hidup kecuali makan, minum dan tidur. Ia tidak senang berbakti kepada ALLAH dan tidak senang berbakti kepada Rasul-Nya serta tidak senang berbakti kepada suaminya.

Oleh kerana itu seseorang perempuan yang bersifat dengan keempat-empat sifat ini, maka ia dilaknati dan termasuk dari kalangan ahli neraka kecuali ia ber"taubat".

SIFAT-SIFAT SUAMI YANG SOLEH
1   :: Bertanggungjawab dalam memimpin rumahtangganya.
2   :: Tidak kedekut atau terlalu bermewah-mewah dalam memberi nafkah, makan, minum, pakai, tempat tinggal, serta perabot untuk anak dan isteri.
3   :: Kasih Sayang, mesra serta sentiasa mengambil berat tentang mereka.
4   :: Tidak terburu-buru dalam menerima fitnah serta tanpa usul periksa.
5   :: Tidak gemar memandang perempuan lain. Dan tidak gemar bergaul dengan perempuan lain.
6   :: Tidak minum arak, berjudi dan tidak suka buang masa dengan sia-sia. 
7   :: Jujur, menepati janji, sentiasa menjaga kebersihan zahir dan batin, serta cemburu dalam hal-hak yang mendatangkan maksiat terhadap isteri dan anak-anak serta dirinya.

No comments:

Post a Comment