Saturday 25 June 2011

AKHLAK DALAM ISLAM

PENGERTIAN AKHLAK
Dari segi bahasa berasal dari perkataan al-khulq atau al-khuluq yang bererti tabiat, kebiasaan atau maruah, jamaknya ialah al-akhlaq.
Dari segi istilah ialah serumpun sifat atau nilai yang telah sebati dalam diri manusia, ia terbahagi kepada dua, iaitu :-
1~ Akhlak Baik
2~ Akhlak Buruk

AKHLAK MENURUT PERSPEKTIF ISLAM
Akhlak ialah segala niat dan sifat baik yang telah sebati dalam diri yang melahirkan tindakan zahir atau batin meliputi perasaan dan fikiran, niat hati seorang atau masyarakat, sama ada berhubung dengan makhluk atau khaliq. Semua nilai tersebut ditentukan oleh Allah melalui wahyu yang dibawa oleh Rasul. Ia bersifat mutlak dan sempurna.

AKHLAK BERBEZA DENGAN MORAL
Moral ialah tindakan dan perlakuan anggota masyarakat dalam hubungan sesama mereka yang ditentukan nilainya oleh masyarakat itu sendiri berasaskan kepada pemikiran dan perasaan umum yang terdapat pada satu-satu masa. Ia bersifat sementara.

BERAKHLAK BAIK FITRAH MANUSIA
Berakhlak baik adalah fitrah manusia sebagaimana setiap agama menyuruh berbuat baik. Kebaikan menurut islam ialah yang sesuai dengan kehendak Allah berdasarkan kepada penerimaan masyarakat umum.

UNSUR-UNSUR YANG MENYELEWENGKAN FITRAH MANUSIA
Unsur-unsur yang menyelewengkan manusia dari keadaan fitrah ialah :-
1~ Faktor Budaya
2~ Faktor Sejarah
3~ Faktor Pengaruh Alam Sekitar

MATLAMAT AKHLAK ISLAM
Untuk melahirkan hamba yang mengenal dan beriman kepada Allah serta bertakwa kepada-Nya.

CARA UNTUK MENCAPAI MATLAMAT AKHLAK ISLAM
Iaitu menerusi proses pendidikan yang menumpukan kepada tiga aspek iaitu :-
1~ Rohani
2~ Akal
3~ Jasmani

HUBUNGAN AKHLAK DENGAN IBADAT
Perlakuan ibadat melahirkan sifat akhlak

CARA UNTUK MENCAPAI AKHLAK MULIA
Akhlak yang mulia dapat di capai melalui :-
1~ Mempelajari dan memahami segala yang baik dan yang buruk berdasarkan syariat islam.
2~ Melawan nafsu untuk melakukan yang baik dan menghindarkan yang buruk.
3~ Berlapang dada menerima kritikan dan sedia menerima nasihat.
4~ Menghindar kawan-kawan yang buruk akhlak.
5~ Melakukan segala suruhan Allah dan menjauhi larangan-Nya.

No comments:

Post a Comment