Sunday 26 June 2011

KEWAJIPAN SUAMI TERHADAP ISTERI

Suami Isteri masing-masing mempunyai satu hak dan tanggungjawab yang tertentu dalam satu perkongsian hidup...

Antara Kewajipan "suami" terhadap "isteri" ialah ::-
:::~ Memberi pengetahuan tentang hukum-hukum islam (Fardu ain) kepada isteri
:::~ Memberi makan, minuman, pakaian dan tempat tinggal dari sumber yang halal mengikut yang sepatutnya
:::~ Memberi layanan yang baik dan tidak menzalimi isteri serta menunjukkan pekerti yang baik dan mulia terhadap isteri
:::~ Nasihat isteri dengan baik jika isteri gemar melakukan sesuatu yang bersalahan dengan perintah ALLAH
:::~ Sudi memaaf jika isteri tidak menghiaskan dirinya dan tidak melayaninya dengan sempurna
:::~ Bersikap tegas jika isteri tidak melakukan "solat dan puasa"
:::~ Islam tidak membenar memukul isteri hingga sampai cacat atau cedera, tetapi dibenarkan memukul dengan pukulan ringan atas tujuan untuk mengajar
:::~ Wajib berlaku adil dalam bentuk nafkah zahir bilangan bermalam jika isteri lebih dari satu

Antara Kewajipan "isteri" terhadap "suami" ialah ::-
:::~ Patuh dan taat kepada suami sama ada dalam susah atau senang, melainkan yang bertentangan dengan agama
:::~ Wajib memelihara kesucian dirinya pada setiap masa, serta sentiasa menghias diri untuk suami sahaja
:::~ Jangan buat perkara besar tanpa izin suami sekalipun kerana mengerjakan yang sunat, lebih-lebih lagi keluar rumah tanpa izin suami
:::~ Wajib menyempurnakan kehendak suaminya yang tertentu pada bila-bila masa yang dikehendaki serta memahami hal-hal yang digemari dan yang dibenci oleh suami
:::~ Ditegah meminta supaya bercerai tanpa sebab yang sangat diperlukan. Sabda Nabi SAW siapa saja seorang isteri meminta cerai kepada suaminya tanpa sebab keadaan yang sangat diperlukan, maka haram baginya bau "syurga" atasnya
:::~ Sentiasa berterima kasih dan bersyukur diatas setiap pemberian suami
:::~ Dalam hadis, Rasulullah bersabda empat perempuan yang berada dalam syurga dan empat perempuan berada di neraka dan beliau menyebutkan antara empat perempuan yang berada di syurga ialah ::-
i   ::~ Perempuan yang menjaga diri dari berbuat haram dan berbakti kepada ALLAH dan suaminya
ii  ::~ Perempuan yang bersifat pemalu, dan jika suaminya pergi maka ia menjaga dirinya dan harta suaminya, dan jika suaminya datang maka menahan mulutnya dari perkataan yang tidak layak kepadanya
iii::~ Perempuan yang banyak keturunannya lagi penyabar serta menerima dengan senang hati dengan keadaan yang serba kekurangan bersama suaminya
iv ::~ Perempuan yang ditinggalkan mati oleh suaminya dan ia mempunyai anak-anak yang masih kecil, lalu ia menahan diri hanya untuk menguruskan anak-anaknya dan mendidik mereka serta memperlakukan dengan baik kepada mereka dan tidak bersedia kahwin khuatir anak-anaknya akan tersia-sia.

Kemudian Nabi SAW bersabda dan adapun empat perempuan yang berada di neraka ialah ::-
i    ::~ Perempuan yang kotor mulutnya terhadap suaminya, jika suaminya pergi, maka ia tidak menjaga dirinya dan jika suaminya datang maka ia memakinya (memarahinya)
ii  ::~ Perempuan yang memaksa suaminya untuk memberi apa yang tidak mampu
iii ::~ Perempuan yang tidak menutupi dirinya dari kaum lelaki dan keluar dari rumahnya dengan menampakkan perhiasannya dan memperlihatkan kecantikan untuk menarik lelaki lain
iv  ::~ Perempuan yang tidak mempunyai tujuan hidup kecuali makan, minum dan tidur. Ia tidak senang berbakti kepada ALLAH dan tidak senang berbakti kepada Rasul-Nya serta tidak senang berbakti kepada suaminya.

Oleh kerana itu seseorang perempuan yang bersifat dengan keempat-empat sifat ini, maka ia dilaknati dan termasuk dari kalangan ahli neraka kecuali ia ber"taubat".

SIFAT-SIFAT SUAMI YANG SOLEH
1   :: Bertanggungjawab dalam memimpin rumahtangganya.
2   :: Tidak kedekut atau terlalu bermewah-mewah dalam memberi nafkah, makan, minum, pakai, tempat tinggal, serta perabot untuk anak dan isteri.
3   :: Kasih Sayang, mesra serta sentiasa mengambil berat tentang mereka.
4   :: Tidak terburu-buru dalam menerima fitnah serta tanpa usul periksa.
5   :: Tidak gemar memandang perempuan lain. Dan tidak gemar bergaul dengan perempuan lain.
6   :: Tidak minum arak, berjudi dan tidak suka buang masa dengan sia-sia. 
7   :: Jujur, menepati janji, sentiasa menjaga kebersihan zahir dan batin, serta cemburu dalam hal-hak yang mendatangkan maksiat terhadap isteri dan anak-anak serta dirinya.

Saturday 25 June 2011

SUAMI ISTERI HENDAKLAH SALING MENCINTAI

ALLAH berFirman di dalam AL-QURAN :: yang bermaksud "Mereka (si isteri) adalah pakaian bagimu, dan kamu pun menjadi pakaian bagi mereka".
(Al-BaQarah :: 187)

Sungguh indah dan menarik sekali ayat ini. Di mana dinyatakan bahawa pasangan suami isteri, antara satu sama lain merupakan "pakaian untuk dipakai".

Selaku pakaian yang dapat dipakai, maka ayat ini menganjur, supaya suami isteri hendaklah sentiasa mencintai, antara satu dengan lain. Sebab keduanya adalah merupakan pendayung dalam sebuah bahtera rumahtangga. Baik yang sudah bertolak meninggalkan pantai menempuh samudera penghidupan mahupun yang baru mulai bertolak.

Samudera penghidupan yang dilayari oleh bahtera kedua suami isteri itu, merupakan samudera yang amat luas yang tidak kelihatan pinggir atau tepinya, penuh berisi gelombang suka dan duka dan arus yang menggoyangkan, yang airnya pasang dan surut.


Kalau bertiup air sejuk, maka berlayarlah bahtera itu dengan laju membelah gelombang. Tetapi kalau bertiup badai dan taufan, maka bahtera itu kadang-kadang goyang dan kadang-kadang terdampar ke batu karang dan kadang-kadang sampai remuk...hancur...dihancurkan oleh gelombang yang memecahkan bahtera.

"Ketika ini, Putus Tali...Putus Harapan...Putus Tali Kasih Sayang"...

Oleh sebab itu dalam mengayuh bahtera ini, hendaklah keduanya "sehaluan"...

Bila rengkuhan dayung sudah sama, dan haluan bahtera sudah disatukan...Insya-ALLaH batera akan belayar dengan selamat...suasana rumah tangga akan aman dan rasa cinta mencintai akan selalu bersemayam dalam "kalbu" masing-masing...

Untuk mencapai apa yang dikemukakan itu, tidaklah cukup hanya dengan harta kekayaan yang dimiliki sahaja, dan tidak pula cukup dengan wajah yang rupawan belaka, melainkan hanya dengan jalan kesedaran beragama, mentaati peraturan ALLAH dalam rangka melaksanakan hak dan kewajipan suami isteri. Isteri mestilah taat beragama dan suami pula harus patuh kepada peraturan ALLAH...

1 Ramadhan Bakal Menjelma......Dan Semestinya 1 Syawal Akan MenyusuL

 RAMADHAN

Kehadiranmu Disambut
DaN
Pemergianmu Ditangisi
::KEISTIMEWAAN RAMADHAN::
Bulan Ramadhan kembali dengan tirai keistimewaan dan kelebihan yang tersendiri. Bagi seorang muslim yang arif dan peka pasti akan menyambut dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan, manakala di satu pihak yang lain pula, mereka akan merasakan keberatan dan terdorong rasa keterpaksaan menerima kunjungan Ramadhan yang penuh berkat ini. Alangkah ruginya orang-orang yang tidak begitu prihatin terhadap tawaran dan jaminan yang ALLAH sediakan didalam bulan yang mulia ini bagi hamba ALLAH yang bertaQwa.
 

ADAB MEMBERI SALAM

PENGERTIAN SALAM
Dari segi bahasa :: Penghormatan dan kesejahteraan atau menurut perintah
Dari segi istilah :: Mengucapkan laFaz "ASSALAMUALAIKUM" atau yang lebih baik darinya sebagai cara penghormatan dalam IsLaM apabila bertemu dengan orang lain.
KEDUDUKAN UCAPAN SALAM DALAM ISLAM
1~  Salam sebagai syiar yang sangat dituntut supaya disebarkan.
2~  Al-Salam ialah salah satu Nama Allah. Mengucapkanya akan mendapat keredhaan dan pertolongan dari-Nya.
3~  Sebagai harapan dan doa mukmin terhadap saudaranya yang lain.
4~  Tidak menjawab salam termasuk golongan bakhil dan dilaknat.
5~  Melazimi Salam menambah berkat dan mendapat Fadhilat besar.

HUKUM MEMBERI SALAM DAN MENJAWABNYA
Sunat muakkad bagi orang perseorangan dan sunat kifayah bagi perkumpulan.
Menjawab salam pula adalah wajib bagi perseorangan dan fardu kifayah bagi perkumpulan.
ORANG YANG PATUT MENDAHULUKAN SALAM
1~  Yang berjalan kepada yang duduk
2~  Yang muda kepada yang tua
3~  Yang berkenderaan kepada yang berjalan kaki
4~  Yang di luar kepada yang di dalam
5~  Yang di belakang kepada yang di depan
6~  Yang meninggalkan majlis kepada yang ditinggalkan

ORANG YANG MAKRUH DI UCAPKAN SALAM KEPADANYA
1~  Orang yang sedang AZAN atau IQAMAH
2~  Orang yang sedang mengajar ilmu agama
3~  Orang yang sedang membaca AL-QURAN
4~  Orang yang sedang Qada Hajat
5~  Orang yang sedang memusuhi IsLaM atau orang KaFir
6~  Ahli bidaah, orang yang mengganggu lalu-lalang atau berbual kosong
7~  Ahli maksiat termasuk orang yang telanjang
MELAFAZ SALAM DAN MENJAWABNYA
:: Jika "Assalamualaikum" jawapannya "Waalaikumussalam warahmatullah"
:: Jika "Assalamualaikum warahmatullah" jawapannya "Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh"
:: Jika "Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh" jawapannya "Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuhu Maghfiratuhu wa Ridhawanuh"
:: Jika Orang Kafir yang memberi salam, jawapannya ialah "Alaika"

ORANG YANG TIDAK WAJIB MENJAWAB SALAM
1~  Orang yang sedang Sembahyang
2~  Orang yang sedang Qada Hajat
3~  Orang yang sedang Mengajar
4~  Orang yang menerima salam setelah bercakap-cakap dengannya
5~  Orang yang suka meminta-minta

FAEDAH DAN HIKMAT MEMBERI SALAM
1~  Mendapat keredhaan ALLAH
2~  Mendapat doa daripada MALAIKAT
3~  Mendukacitakan Iblis
4~  Membersihkan hati dan melahirka kemesraan serta mengukuhkan persaudaraan IsLaM.

KEIMANAN DAN KETAQWAAN KEPADA ALLAH

Bagi orang Islam pendekatan IsLaM HadhaRi meletakkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah sebagai teras utamanya. Al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW sebagai teras pegangan dan rujukannya. Gabungan kemantapan akidah (kepercayaan), syariah (perundangan), akhlak, moral dan nilai-nilai murni adalah teras perancangan dan pelaksanaan pembangunan diri dan pengurusan sistem untuk mencapai umat yang berkualiti dan negara yang cemerlang. Ini bersesuaian dengan Firman ALLAH SWT dalam surah AL-A'RAAF : 96, maksudnya :-

"Dan (Tuhan berFirman lagi) :: Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaQwa, tentulah kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang telah mereka usahakan".
Pada perinsipnya penentuan pegangan agama atau akidah bagi mereka yang berada diluar Islam terbahagi kepada dua iaitu "tiada paksaan dalam agama dan kebebasan dalam menganut agama masing-masing" seperti Firman ALLAH SWT dalam surah AL-BAQARAH::256, maksudnya :-

"Tidak ada paksaan dalam agama (IsLaM)".

Dalam surah AL-KAFIRUN::6, ALLAH SWT berFirman, maksudnya :-
"Bagi kamu agama kamu dan bagiku agamaku".

KEUTUHAN BUDAYA DAN MORAL

Satu daripada prinsip ketamadunan sesuatu bangsa dan negara ialah wujudnya keutuhan budaya dan ketinggian akhlak sebagai identiti negara tersebut. Dalam rangka meningkatkan kemajuan negara Malaysia, kepelbagaian budaya dan agama perlu di pertahankan beasaskan sistem nilai dan akhlak yang kukuh, murni dan luhur. Penghayatan nilai-nilai akhlak yang mutlak dan tinggi akan menjamin kesejahteraan, keharmonian dan keamanan dalam masyarakat majmuk. Ia juga akan menjadikan bangsa itu terhormat dan disegani. Ini bertepatan dengan Firman Allah SWT dalam surah al-Mukminun::1-2, maksudnya :-

"Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman. Iaitu mereka yang kusyuk dalam Sembahyangnya".

Dengan demikian,emajuan ekonomi dan teknologi akan berjalan seiring dengan keluhuran budaya dan ketinggian akhlak masyarakat berbilang kaum. Namun, gejala keruntuhan akhlak, kelemahan budaya integriti dan budaya ilmu dalam masyarakat Malaysia semasa, merupakan suatu cabarab besar kepada pelaksanaan pendekatan IsLaM HadHaRi.

Dari perspektif tamadun dan agama islam, kemajuan ekonomi dan ilmu suatu bangsa harus dijiwai oleh budaya moral dan etika yang luhur. Matlamat ini tidak akan dapat di capai selagi kemajuan kebendaan diasingkan daripada nilai-nilai moral, etika dan kerohanian yang luhur. Sejarah telah membuktikan bahawa tamadun dan Empayar Romawi yang begitu hebat telah runtuh dan ditelan zaman akibat daripada kepincangan moral yang parah dalam masyarakat dan negara.

Aspek kesenian dalam memperkasakan budaya harus seiring dengan nilai-nilai murni yang berasaskan keluhuran dan kreativiti yang menyumbang ke arah kebudayaab tinggi (High CuLture).

AKHLAK DALAM ISLAM

PENGERTIAN AKHLAK
Dari segi bahasa berasal dari perkataan al-khulq atau al-khuluq yang bererti tabiat, kebiasaan atau maruah, jamaknya ialah al-akhlaq.
Dari segi istilah ialah serumpun sifat atau nilai yang telah sebati dalam diri manusia, ia terbahagi kepada dua, iaitu :-
1~ Akhlak Baik
2~ Akhlak Buruk

AKHLAK MENURUT PERSPEKTIF ISLAM
Akhlak ialah segala niat dan sifat baik yang telah sebati dalam diri yang melahirkan tindakan zahir atau batin meliputi perasaan dan fikiran, niat hati seorang atau masyarakat, sama ada berhubung dengan makhluk atau khaliq. Semua nilai tersebut ditentukan oleh Allah melalui wahyu yang dibawa oleh Rasul. Ia bersifat mutlak dan sempurna.

AKHLAK BERBEZA DENGAN MORAL
Moral ialah tindakan dan perlakuan anggota masyarakat dalam hubungan sesama mereka yang ditentukan nilainya oleh masyarakat itu sendiri berasaskan kepada pemikiran dan perasaan umum yang terdapat pada satu-satu masa. Ia bersifat sementara.

BERAKHLAK BAIK FITRAH MANUSIA
Berakhlak baik adalah fitrah manusia sebagaimana setiap agama menyuruh berbuat baik. Kebaikan menurut islam ialah yang sesuai dengan kehendak Allah berdasarkan kepada penerimaan masyarakat umum.

UNSUR-UNSUR YANG MENYELEWENGKAN FITRAH MANUSIA
Unsur-unsur yang menyelewengkan manusia dari keadaan fitrah ialah :-
1~ Faktor Budaya
2~ Faktor Sejarah
3~ Faktor Pengaruh Alam Sekitar

MATLAMAT AKHLAK ISLAM
Untuk melahirkan hamba yang mengenal dan beriman kepada Allah serta bertakwa kepada-Nya.

CARA UNTUK MENCAPAI MATLAMAT AKHLAK ISLAM
Iaitu menerusi proses pendidikan yang menumpukan kepada tiga aspek iaitu :-
1~ Rohani
2~ Akal
3~ Jasmani

HUBUNGAN AKHLAK DENGAN IBADAT
Perlakuan ibadat melahirkan sifat akhlak

CARA UNTUK MENCAPAI AKHLAK MULIA
Akhlak yang mulia dapat di capai melalui :-
1~ Mempelajari dan memahami segala yang baik dan yang buruk berdasarkan syariat islam.
2~ Melawan nafsu untuk melakukan yang baik dan menghindarkan yang buruk.
3~ Berlapang dada menerima kritikan dan sedia menerima nasihat.
4~ Menghindar kawan-kawan yang buruk akhlak.
5~ Melakukan segala suruhan Allah dan menjauhi larangan-Nya.

BACALAH SAYANG

~Susah Juga Nak Jadi BLOGGER neh yew~
~JOMMMMMMMMMMMMMMMM~
...MEMBACA JAMBATAN ILMU...
...ILMU PELITA HIDUP...
...AMALKAN BUDAYA MEMBACA...
ermmmmmm~~