Saturday 25 June 2011

KEIMANAN DAN KETAQWAAN KEPADA ALLAH

Bagi orang Islam pendekatan IsLaM HadhaRi meletakkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah sebagai teras utamanya. Al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW sebagai teras pegangan dan rujukannya. Gabungan kemantapan akidah (kepercayaan), syariah (perundangan), akhlak, moral dan nilai-nilai murni adalah teras perancangan dan pelaksanaan pembangunan diri dan pengurusan sistem untuk mencapai umat yang berkualiti dan negara yang cemerlang. Ini bersesuaian dengan Firman ALLAH SWT dalam surah AL-A'RAAF : 96, maksudnya :-

"Dan (Tuhan berFirman lagi) :: Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaQwa, tentulah kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang telah mereka usahakan".
Pada perinsipnya penentuan pegangan agama atau akidah bagi mereka yang berada diluar Islam terbahagi kepada dua iaitu "tiada paksaan dalam agama dan kebebasan dalam menganut agama masing-masing" seperti Firman ALLAH SWT dalam surah AL-BAQARAH::256, maksudnya :-

"Tidak ada paksaan dalam agama (IsLaM)".

Dalam surah AL-KAFIRUN::6, ALLAH SWT berFirman, maksudnya :-
"Bagi kamu agama kamu dan bagiku agamaku".

No comments:

Post a Comment